Troli Anda

Semak Troli
Tiada item dalam troli anda.
Tentang Kami

MATLAMAT EKSEKUTIF SURI

EksekutifSuri.com http://eksekutifsuri.com diwujudkan sebagai satu medium untuk membantu menghebahkan khidmat & produk yang dihasilkan oleh para suri rumahtangga yang berkerja di rumah sepenuh masa @ yang menjalankan perniagaan sambilan. Di samping dapat menjadi tapak untuk mendapatkan maklumat dan sokongan. Eksekutif Suri (Exec@Home) merujuk kepada suri rumahtangga yang bekerja keras di rumah atau bekerja sambilan bagi memenuhi keperluan ekonomi keluarga dan ummah. Matlamat utama Eksekutifsuri.com bukan semata2 keuntungan tetapi keutamaan untuk menyediakan khidmat/produk terbaik utk kejahteraan ummah sambil membantu golongan yg tidak bernasib baik terutama anak yatim, ibu tunggal, mualaf dan fakir miskin.

KONSEP PERKONGSIAN REZEKI

Insya-Allah Eksekutif Suri berpegang kpd konsep perkongsian rezeki, saling membantu memajukan ekonomi ummah. Bergabung dan berusaha bersama, berkongsi rezeki Allah. Bagi yang berminat untuk berniaga tetapi kekurangan modal akan dibantu. Syarat utama: jujur, amanah, bersungguh2, dan faham erti jihad ekonomi.

Eksekutif Suri juga mengalu-alukan rakan2 yg berminat untuk memasarkan apa2 produk secara consignment atau dropshipping atau apa2 khidmat/kursus/ program yang dapat dimanfaatkan bersama dapat menghubungi 012-3614014 eksekutifsuri@ yahoo.com.my 

KONSEP KEKELUARGAAN

Perniagaan & aktiviti yang dijalankan oleh Eksekutifsuri mengutamakan KONSEP KEKELUARGAAN. Produk yang baik untuk keluarga dipasarkan di sini. Keutamaan -produk kesihatan, ilmu & riadah. Untuk aktiviti kekeluargaan kami sediakan pakej penginapan, pelancongan/percutian keluarga. Matlamat kami biarlah produk & khidmat kami dapat menambah kebahagian sesebuah keluarga.

KHIDMAT MASYARAKAT

TABUNG SURI ditubuhkan untuk mengumpul dana bagi membantu golongan yang tidak bernasib baik, terutama ibu tunggal dan anak yatim. Eksekutif Suri bekerjasama dengan organisasi kebajikan dan orang perseorangan untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik. Antara usaha terkini :- JUALAN AMAL EKSEKUTIF SURI – sebahagian keuntungan akan disalurkan kepada anak2 yatim & fakir miskin yang telah dikenal pasti memerlukan bantuan. TABUNG SUSU-kutipan dana utk membeli susu secara tetap setiap bulan untuk diagihkan kepada golongan fakir miskin.

Maklumat Projek Amal: SanggarSuri www.eksekutifsuri.blogspot.com

Antara organisasi yang bekerjasama dengan Eksekutif Suri ialah UmmikuSayang Charity Team dan Angkatan Sukarelawan HALUAN (ANSAR), rakan2 maya drp egroup Resipi.net dan Respek.

 

Daftar/Login





Lupa Kata laluan?
Belum Mendaftar? Daftar Sekarang!

Produk Terkini

Niaga Online
Niaga Online
RM10.00
RM9.00
Anda jimat: 10.00%
Simpan dalam troli

Sehari Dalam Hidupku
Sehari Dalam Hidupku
RM10.00
RM9.00
Anda jimat: 10.00%
Simpan dalam troli

Berdoalah Anakku
Berdoalah Anakku
RM12.00
RM10.80
Anda jimat: 10.00%
Simpan dalam troli

joomla templates by dezinedepot
(C) 2010 EksekutifSuri.Com
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.