RUANGAN INI HANYALAH HASIL PENGUMPULAN BAHAN & PEMERHATIAN SURI SEMATA-MATA. TIADA KAITAN DENGAN SUMBER PAKAR, KECUALI JIKA DINYATAKAN SUMBER RUJUKANNYA. YANG BAIK JADIKAN TELADAN, YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN...
ISLAM & PERNIAGAAN
Ayat-Ayat Al Qur’an Yang Menjelaskan Keutamaan Mencari Rezeki
Surah Al-Jumu’ah Ayat 10:
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing); dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).
Surah As-Saff Ayat 10 - 11:
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkanmu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
TIPS KERJA DARI RUMAH/BIZ INTERNET
Sebenarnya biz internet tak susah bagai disangka..tapi tk juga senang. Saya share beberapa tips berdasarkan pengalaman sendiri:
1. Keperluan utk mulakan biz online perlu ada produk/khidmatkedai online (blog pun boleh..)blog/ website biar teratur & menarikmaklumat produk lengkap maklumat penjual-no tel & email penting medium pembayaran: cth Maybank2u.com, CIMBClicks
2.. Produk
apa2 pun boleh jual..terpulang pada keupayaan diri & keterbatasn kudrat & masa-tanya diri sendiriproduk terbaik-yg boleh selesaikan masalah orangcari idea di sekeliling kita-apa yg boleh dijual, mungkin hobi boleh dijadikan biz
3. Pemasaran/Promosi pemasaran/promosi berterusan join laman sosial & forum yang sesuaicari kawan, jgn cari lawanbina kredibiliti diri agar orang suka, hormat dan yakinkeperibadian diri lebih penting drp produkklu produk baik, tapi kita tak pandai bawa diri & suka cari pasal/gaduh/ tipu etc tak ada orang akan sokong anda!!jangan terlalu tonjolkan kita nak berjual..nanti orangmenyampahpromo te secara santai, tajuk email penting- biar catchy jangan menjual je memanjang, sesekali share artikel etc perlu ada email, YM/Skype atau apa2 medium utk sembang/pertanyaan layan customer sebaik2nya, tapi klu banyak songeh lepaskan cara baik- lebih baik kita tak berjual pada customer yg cerewet kerana akan timbul masalah2 lain pula jangan tamak..& sesekali buatlah amal kebajikan untuk mencari keberkatansentiasa ingat rezeki di tangan ALLAH..kita usaha & berdoa..
4. Pengurusan masa klu work from home-ikut suka masa yg sesuai bangun awal pagi, siap anak sekolah, breaksfast depan PC buat kerja-cek email, ambil pesanan etc sebelum anak bangun(klu ada anak kecil kt rumah).sambil lipat kain pun boleh baca email, paling sesuai bilik pejabat di rumah biar tepi dapur..ha..ha. .awas, jgn sampai hangus..masak sambil balas email pun boleh
klu part time-jangan curi masa kerja nanti tak berkatmasa lunch @ datang pagi2 sebelum waktu pejabat-cek blog/kedai onlinecatat dlm satu buku pesanan-maklumat pesanan, nama& alamat customer etcbalas email, update blog masa lunch/awal pagiklu ada masa sambung balas email & ambil pesanan waktu malamtetapkan hari untuk bungkus-membungkus & ke pej poskumpulkan 3-4 pesanan baru bungkus, tapi seeloknya jangan biar customer tunggu lama-bungkus waktu malam, lepas settle kerja sekolah anak (penting tuu..)
5.Penghantaran pos-tetapkan hari apa ke pej pos. Atau ada masa2 tertentu yang kita boleh keluar pejabat & singgah pej po suntuk produk yg ringan & kecil-boleh guna sampul surat/kotak pos ekspress, beli banyak2 terus kotak/sampul surat pos ekspress-boleh dipos bila2 masa, letak sahaja di dalam tong pos ekspress di tepi pejabat pos. Untuk pos berdaftar, pos laju, parcel ambil banyak2 terus borang untuk diisi di rumah barang yang berat boleh guna pos laju@parcel Pos Malaysia, courier KTM Distributor pun ok, agak murah.Jangan lupa ambil tracking number untuk senang kita trace status barang yang dipos Ok..setakat itu dulu tips & pengalaman saya yang pernah buat part time dan sekarang dah full time biz internet..work from home gitu..sebab tu nama Eksekutif Suri..Eksekutif di rumah..
INGIN MENJADI KAYA?
PILIHAN DI TANGAN ANDA
PILIHAN 1:
Anda kenal Hj Bakhil? Jadilah dia sebagai idola anda..jika mampu jadilah lebih bakhil daripadanya. Jangan sesekali memberi potongan harga walau satu sen, tidak kira saudara @ sahabat.
Seberapa boleh elakkan membayar hutang atau bersedekah.
Hasilnya: Anda akan kaya dengan segera...namun kekayaan anda juga akan hilang tanpa disangka2. Mungkin anda perolehi banyak harta, tapi anda akan kemiskinan kasih sayang, memiliki hati yang sentiasa gusar & tidak puas...kenapa?? Jawapan di hati anda.
PILIHAN 2
Sentiasalah lakukan apa sahaja kerana Allah. Jadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola. Rasulullah sentiasa berkongsi rezekinya dengan orang miskin & anak2 yatim.
Bayarlah hutang seberapa segera & bersedekah seikhlasnya walaupun sedikit.
Mungkin anda tidak cepat kaya..tapi suatu kepuasan yang tidak terucap akan anda capai. Hidup dilimpahi berkat & rahmat, disayangi, disegani walau di mana berada.
Rezeki Allah akan datang tanpa diduga, dari pelbagai sumber yang tak disangka-sangka.
PILIHAN DI TANGAN ANDA.. jika anda memilih Pilihan 2, jemputlah menyertai Suri..