Troli Anda

Semak Troli
4 Produk,
RM151.65
Berita & Aktiviti

Secebis Kisah di Sebalik Majlis Malidurrasul bersama Fakir Miskin 27 Feb

02.03.2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Pertamanya, kami mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana memakbulkan doa kami utk menjamu & memberi bantuan barangan asas untuk 100 fakir miskin..syukur sesyukur2nya... walaupun pada saat2 terakhir sebelum hari yg dijadualkan kami cuma ada peruntukan utk 60 keluarga. Namun pertolongan Allah tiba  bagaikan arus air mengalir..rezeki kita dikongsikan bersama. Sambutan Maulidurrasul tahun ini menjadi yang paling bermakna bagi kami kerana dapat raikan bersama mereka yang kurang bernasib baik. Malah golongan fakir miskin ini terdiri drp pelbagai kategori-anak yatim, ibu tunggal, warga emas, OKU, mualaf..

Majlis diadakan di perkarangan rumah En Jamaluddin, Kg Redang Panjang, Batu Kurau, Taiping, Perak.

Banyak kisah yang menyentuh hati kami.. Kami berasa seinsaf-insafnya dan bersyukur kerana Allah memilih kami untuk menyampaikan amanah ini & mengizinkan kami sampai di sini. Majlis ini membuktikan bahawa blogger, egroups, laman sosial di internet bukan semata-mata membawa impak negatif seperti yang sering dimomokkan.

Yang manisnya kami bersatu tanpa mengenal warna kulit, agama, fahaman politik dan perbezaan pendapat, malah ada antara kami yang tidak mengenali antara satu sama lain, sekadar  bertunggakkan kepercayaan agar amanah ini disampaikan sebaik mungkin untuk mereka yang benar-benar berhak.

Jutaan terima kasih sekali lagi buat semua sahabat atas kepercayaan kepada EksekutifSuri. Kejayaan mengendalikan majlis ini menguatkan semangat kami utk meneruskan perjuangan membantu golongan tidak bernasib baik ini. Jutaan terima kasih utk rakan blogger En Jamaluddin, keluarga dan sukarelawan yang bertungkus-lumus memastikan majlis ini berjalan lancar. Juga untuk Cikgu Jan, K'Siti (Aljauhar), rakan2 egroups UmmikuSayang Charity Team, Resipi.net, Respeks, exsemesdian, Taman2 Syurga, Wena, MelayuTrade, PKSClub, Ibu dan semua yang terlibat. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik sahabat2.

Kami juga terharu dengan sokongan sahabat2, terutama kepada keluarga Lyn Sham  & Suzana Fazli serta anak2 yang sanggup datang menemani kami dari Kuala Lumpur. Pada awalnya kami jangka tiada siapa yang akan bersama kerana masing-masing ada hal yang perlu dibereskan. Kami juga risau, kalau2 sahabat2 yang datang tidak betah untuk masuk kampung dan bersama2 meraikan majlis. Namun anggapan saya meleset.. kami tetap bersama2 dari awal majlis, sehingga akhir, malah turut bersama2 menziarahi rumah2 fakir miskin dan terus ke Lenggong melihat persiapan utk Majlis keesokan harinya(28Feb).

Terima kasih juga pada suami tercinta, Ahmad Nizam dan anak-anak yang terus memberi sokongan tanpa sedikit pun rungutan. Syukur kerana dapat mendidik anak2 untuk menghargai apa yang ada dengan mendedahkan mereka dengan pengalaman sebegini.

Terima kasih juga kepada Ust Bahkhtiar yang menyampaikan ceramah Maulidurrasul pada hari tersebut. Kepetahan beliau menyampaikan kisah Rasulullah dan mengaitkan dengan rezeki dan usaha membebaskan diri drp kemiskinan menjadikan majlis ini lebih bermakna. Diserikan lagi dengan persembahan nasyid anak2 drp SAR Sg Limau..

Terima kasih juga kerana memberikan saya peluang untuk menyampaikan sedikit ucapan dan salam sahabat2 yg menderma. Jenuh juga saya menyusun ayat bagi memberikan penjelasan tentang cara bagaimana dana dikumpulkan melalui internet. Namun ucapan saya terhenti bila terlalu sebak pada saat menyentuh tentang permintaan agar mereka mendoakan kami mendapat keberkatan & keredaan Allah..itulah yang sebenarnya kami cari..Keberkatan & Keredaan-Nya..

Kemuncak majlis..kami menjemput anak2 yang menyambut kelahiran yang bertarikh pada bulan Februari & Mac. Acara inilah yang paling meriah..dalam masa hanya 5 minit habis licin segala kek, cupcakes & muffin yang dibawa sahabat2 dari Kuala Lumpur... tak menang tangan saya memotong kek. Saya terpaksa memotong nipis2 kek tersebut agar semua dapat merasa.

Walaupun hanya berkongsi sehiris nipis kek, namun mereka amat gembira. Rata-rata menyatakan yang mereka bukan biasa makan kek..kesian..tambah terharu apabila sepotong kek yang dihiris nipis itu dibawa balik untuk dikongsi ahli keluarga yang lain. Ah..sayunya hati saya lebih-lebih lagi apabila mengenangkan pula kebetulan cuti 3 hari ini banyak betul kenduri kahwin, harijadi dan sebagainya..boleh dibayangkan betapa banyak kek yang ditempah mahal2 dibuang setelah dimakan sedikit, sedangkan di sana mereka berebut2 untuk merasa...

Selepas Majlis kami sempat melawat dua buah rumah yang dalam senarai bantuan kami. Sayunya hati saya...bagi saya, tempat tinggal mereka tidak layak dipanggil rumah..
Rumah Kak Azizah yang pernah kami bantu untuk dapatkan bekalan air & api sebelum ini hanyalah sebesar bilik tidur rumah kita..hanyalah tirai yang memisahkan bilik tidur K'Zah & anak perempuan & anak yang kecil dengan ruang tidur anak terunanya.

Manakala Kak Jah yang tinggal di rumah pusaka arwah ibu bapanya hanya menunggu masa menyembah bumi. Dinding & atap berlubang sana sini. Kak Jah turut mendapat bantuan pam air drp kami. Dan insya-Allah sekarang dalam proses membaiki rumah hasil sumbangan sekumpulan sahabat kami.

Sahabat2 sekalian... sama2lah kita muhasabah diri. Di mana kita saat ini? Siapakah kita? Siapakah yang terus-menerus menurunkan rezeki & nikmat hidup kepada kita? Bagaimanakah kita manfaatkan setiap nikmat & setiap saat kurniaan Allah? Sesungguhnya hidup ini umpama roda..sekiranya kita berada di puncak janganlah lupa memandang rumput di bumi...

Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan & sokongan berterusan sahabat-sahabat.

Semoga Allah memberkati usaha & rezeki kita..amin..

Info & gambar:

Sanggar Suri www.Eksekutifsuri.blogspot.com

de'Redang http://jamalhassim.blogspot.com


Wassalam


DANA KEMBALI KE SEKOLAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Semoga dilindungi Allah sentiasa.

Insya-Allah Eksekutifsuri.com akan teruskan kutipan dana utk projek "Dana Kembali ke Sekolah" seperti tahun2 sebelum ini.

Alhamdulillah kami mendapat sokongan & kerjasama sahabat2 drp UmmikuSayang Charity Team (www.ummikusayang.com), Al-Jauhar (www.aljauhar2.blogspot.com), HALUAN(www.haluan.org.my) & Majalah Potensi (www.potensishop.com).

Kami ingin menjemput pihak tuan/ puan untuk bekerjasama agar lebih banyak dana boleh dikumpul membolehkan lebih banyak rumah anak yatim & fakir miskin yang boleh dibantu. Anggaran perbelanjaan untuk 2 pasang uniform, kasut & beg sekolah RM120 seorang.

Cadangan rumah anak yatim & fakir miskin yang akan dibantu:


Senarai rumah anak yatim & fakir miskin

Rumah persendirian:

1. Opah&12 cucu, Bukit Kuda, Klang
No. Tel: 03-33432397

2. Anak Yatim &  Fakir Miskin sekitar Batu Kurau & Selama, Perak
 
http://www.aljauhar2.blogspot.com/
No Tel: Pn Siti 019-2224474 (pengantara)

3. Anak Yatim & Fakir Miskin Pangsapuri Rebana, Klang
No Tel: Pn Rozita 0163232554 (pengantara)

Rumah Anak Yatim

1. Baitul Fitrah, Bandar Country Homes, Rawang
No.Tel: 012-375144 (Pn Nadia)

2. Rumah Titian Ashraful Rohaniah,
Teluk Intan
No.Tel: 013-4550013( Pn Rohana)

3. Kompleks Haluan Penyayang, Klang
No Tel: 019-3084476 (En Anas bin Hussin)


Sahabat boleh membantu dengan cara:

1. Derma seikhlas mampu ke akaun yg dikhaskan utk Dana Kembali ke Sekolah

Maybank: 112080512445

atas nama: SITI FADZILAH ABDUL MANAP

Sila email/sms slps bank in untuk rekod (no tel & email seperti di bawah)

2. Membeli sambil menderma di www.Eksekutifsuri.com.

5% drp setiap pembelian produk BioSirih Cosmetics dari 10 Dis 2009-10Jan 2009 akan disalurkan ke dalam tabung Dana Kembali ke Sekolah 

3. Menaja ruang Iklan di dalam "Planner 2010 Usahawan Potensi" yang akan disertakan bersama Majalah Potensi yang akan terbit. 10% daripada kutipan tajaan iklan ini akan disalurkan ke dalam tabung  Dana Kembali ke Sekolah. Maklumat lanjut sila lihat lampiran.

untuk maklumat lanjut Dana Kembali ke Sekolah:

hubungi:

Elly 012-3614014

Siti Fadzilah 019224474

kunjungi blog:

www.Eksekutifsuri.blogspot.com

 www.aljauhar2.blogspot.com

Semoga Usaha kita ini dipermudahkan Allah. Amin


TAJAAN SUSU utk ANAK YATIM, TERBIAR, FAKIR MISKIN


Salam

Alhamdulillah penyerahan susu untuk bulan November hampir dapat diselesaikan. Ada yang dihantar sendiri, dan ada yang dipos (courier) atau dihantar dengan bas.

Untuk RTAR kami poskan ke sana bekalan utk 2 bulan terus demi menjimatkan kos penghantaran. Penghantaran dibuat pada 12 Nov 2009. Penyerahan rasmi oleh sahabat UkS Charity Team dilakukan pada 14 November 2009.

Cuma tinggal penyerahan ke Selama & Parit Buntar Perak yg dijadualkan pada 27 November 2009. Tempahan susu telah dibuat dan harap dapat sampai sebelum tarikh dijadualkan penyerahan dibuat.

Maklumat Tabung Susu & Gambar penyerahan sepanjang bulan November boleh dilihat di blog

Sanggar Suri http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/

Untuk menampung kos pembelian, dana drp Tabung Amal Suri (http://eksekutifsuri.com) digunakan kerana kutipan dana Tabung Susu tidak mencukupi. Kutipan dana sehingga 31 Oktober 2009 (untuk penyerahan bulan November) sebanyak RM4501.00, kos pembelian susu setiap bulan ialah RM5220.00 utk 58 orang anak.

Kutipan dana masih dijalankan. Diharap para penderma sudi memberikan sokongan berterusan agar anak2 ini mendapat bekalan susu setiap bulan. Penderma tetap setakat ini tidak lebih 10 orang termasuk sekumpulan sahabat yang menjadi penderma tetap bekalan susu utk RTAR.

Sahabat boleh membantu dengan cara:

1. Menjadi penyumbang tetap RM90 utk setiap anak yatim/miskin setiap bulan untuk kos pembelian 4 kotak susu (termasuk urusan penghantaran).

2. Sedekah seikhlasnya apa yang mampu ke dlm Tabung Susu yang akan dikumpulkan untuk menampung pembelian.

3. Membeli sambil beramal-setiap susu Raudhah keluaran Muslim yang dijual dengan harga RM24.50 dan RM1 bagi setiap pembelian akan disalurkan ke dalam Tabung Susu untuk Anak Yatim & Fakir Miskin. (maklumat susu: http://eksekutifsuri.com)

4. Sahabat boleh memilih mana2  keluarga atau rumah anak yatim yang mahu ditaja atau menyalurkan maklumat tentang saudara, jiran atau sesiapa sahaja yang daif kehidupan mereka untuk dibantu. Sahabat juga boleh menaja mereka dan urusan penghantaran susu akan diuruskan oleh kami.

Sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Susu melalui akaun :

MAYBANK 164192049410 AHMAD NIZAM B AHMAD SHAFIEI

***akaun ini dikhaskan utk Tabung Susu

emailkan slip pembayaran ke < />untuk rekod.

Maklumat lanjut :

Elly 012-3614014 

Jutaan Terima kasih pada semua sama ada yang menderma dengan harta mereka atau yang memberi sokongan moral, masa & tenaga serta menaruh kepercayaan kepada kami .

 Semoga Allah Memberkati Rezeki & Usaha kita..amin


Untuk maklumat lanjut & akaun Tabung
susu  jemput singgah:

(Sanggar Suri www.eksekutifsuri.blogspot.com)

Terimakasih



 

Daftar/Login





Lupa Kata laluan?
Belum Mendaftar? Daftar Sekarang!

Produk Terkini

Niaga Online
Niaga Online
RM10.00
RM9.00
Anda jimat: 10.00%
Simpan dalam troli

Sehari Dalam Hidupku
Sehari Dalam Hidupku
RM10.00
RM9.00
Anda jimat: 10.00%
Simpan dalam troli

Berdoalah Anakku
Berdoalah Anakku
RM12.00
RM10.80
Anda jimat: 10.00%
Simpan dalam troli

joomla templates by dezinedepot
(C) 2010 EksekutifSuri.Com
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.